Rabu, 10 Agustus 2011

(Video Dan Gambar) Rusuhan Di London – Pelajar Malaysia Dipukul Dan Dirompak





Video Asyraf Hazlan from Malaysia student was beaten and robbed in a riot in London. Mohd Ashraf is a MARA sponsored students majoring in accounting at a college in london.



The student is beaten down from the train once and on the way home to break their fast friend. According to reports, the student is not involved in the riots in the city but also attacked and robbed by a mob. Ashraf Hazlan is beaten senseless until the bloody and lifeless. Students are now being treated at the Royal London Hospital for treatment to date and seriously injured in the jaw. Mara had also contacted the families of the victims of the incident.



ps: click read more for Bahasa Melayu



Seorang pelajar tajaan Majlis Amanah Rakyat (Mara) jurusan Perakaunan sebuah kolej di London tercedera ringan dalam rusuhan di kota itu malam semalam.



Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata bagaimanapun, pelajar itu, Asyraf Hazlan, 20-an, tidak kritikal dan hanya cedera di bahagian rahang dan kini dirawat di Royal London Hospital.



“Pelajar ini tidak terlibat dalam rusuhan, tetapi beliau diserang oleh sekumpulan perusuh ketika keluar dari tren bawah tanah ketika dalam perjalanan menziarah rakannya untuk berbuka puasa di utara London.



“Beliau kemudian dipukul dan dirompak, tetapi telahpun dibawa ke hospital untuk rawatan, di mana beliau perlu menjalani pembedahan untuk merawat kecederaannya itu,” katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama warga kementerian berkenaan dan agensi di bawahnya, di Institut Kemajuan Desa (Infra) di sini Selasa.



Mohd Shafie berkata, keluarga mangsa, yang berasal dari Selangor, telah dimaklumkan mengenai kejadian tersebut.



Beliau berkata, Mara turut mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan pelajar di kawasan berisiko tinggi di kota itu ke sebuah penempatan di Leicester Square bagi menjamin keselamatan mereka.



“Mereka juga dinasihat agar tidak keluar ke mana-mana, melainkan terdapat urusan yang penting, dan Pengarah Pelajaran Mara serta pegawai-pegawai Mara dengan kerjasama pihak polis, sentiasa memantau keadaan di sana,” katanya.-Bernama



Tidak ada komentar:

Posting Komentar